#3 tips sebelum naik bukit atau gunung

10:19 by

Kebanyakan hikers yang baru ingin mencuba aktiviti ektrim ini tidak tahu apa yang perlu dibuat atau dilakukan sebelum mereka mendaki bukit atau gunung. disini kami sediakan #3 tips sebelum naik bukit atau gunung bagi korang yang baru nak mencuba aktiviti ektrim ini.

1. Persiapkan air semaksimum mungkin yang korang boleh bawa. Tapi, perlu diingatkan agar berat air tidak menjadi terlalu membebankan. Air sangat penting bagi mengelakkan dehidrasi @ kehilangan air dalam badan. Bawa sekurang-kurangnya 500ml bagi air isotonik dan 1.5 liter air kosong.

2. Bawa makanan yang boleh memberikan tenaga yang cepat contohnya seperti coklat dan juga buah pisang. Tenaga yang banyak diperlukan semasa mendaki. Jangan membawa ayam golek, piza 1 set dan sebagainya sebagai bekalan korang.

3. Sediakan juga peralatan kecemasan asas seperti minyak angin, bandage dan juga handyplus bagi menghadapi situasi yang tidak diingini berlaku.