Cara paling berkesan untuk perkenalkan diri semasa temuduga

15:26 by

Adakah anda tahu cara paling berkesan untuk perkenalkan diri semasa temuduga ?

TELL ME ABOUT YOURSELF

Contoh jawapan yang biasanya saya dengar semasa temuduga kerja adalah :
Nama saya Nurul Ain bin Ahmad, saya berasal dari Kedah, saya anak ke 5 dari 10 adik beradik
Saya bersekolah di sekolah rendah SK Pokok Sena, sekolah menengah MRSM Langkawi, menyertai program matrikulasi di Pulau Pinang …
Nama saya Aina bin Ahmad, saya merupakan anak saudara kepada Chef Wan ..
Saya bekerja di syarikat Alat Tulis Wan Jah, saya sangat happy bekerja di sana, suasana kerja sangat bagus….
Dan banyak lagi jawapan yang biasa-biasa
Tidak salah untuk menjawab seperti yang di atas, tetapi jawapan yang diberikan kurang berkualiti dan tiada nilai kepada pihak penemuduga.
Apa yang sudah tercatat di resume, maka tidak  perlu ulangi lagi
Ramai calon yang ditemuduga, secara tidak sedarnya memberikan ‘bad-impression’ terhadap diri sendiri di awal proses temuduga oleh kerana memberi jawapan yang tidak berkualiti.

Untuk Tujuan Temuduga Kerja, ‘EXPECTED ANSWER’ Sangat Berbeza.

Dalam erti kata lain, soalan ‘Tell Me About Yourself ini merujuk kepada:
  1. Pencapaian
  2. Bakat istimewa
  3. Nilai yang boleh diberikan
Soalan ini dikategorikan sebagai soalan ‘ice-breaking’ terhadap calon temuduga.
Penemuduga yang berstruktur sudah pasti akan menanyakan soalan ini.
Kebanyakkan informasi peribadi, sekolah, university, CGPA telah pun berada dalam resume anda, dan mereka (penemuduga) sudahpun sedia maklum mengenainya.
Lain orang lain cara, jadi pilih mana yang tepat, dan sekarang aku pun jadi pening. hehee

sumber : NikFaiz