Kenapa kita kena jimat untuk tahun seterusnya

23:47 by

Apa yang terfikir dalam fikiran saya adalah langkah berjimat dari tahun ke tahun demi masa depan kita anak kita mahupun keluarga kita. Pernah tak terfikir cara untuk berjimat ?


Terdapat banyak cara untuk berjimat yang di share dari rakan - rakan kita di blog, facebook, twitter dan pelbagai lagi saluran untuk ajak kita berjimat tapi dah cuba ?


Dari blog kokotiam ada share 14 tips untuk menyimpan duit walaupun tak banyak antara nya adalah hapuskan hutang terlebih dahulu, ya itu memang saya sangat setuju tapi hutang ptptn memang sampai ke tua takkan habis, mungkin hutang yang nilai dia tidak berapa besar ? sekurang - kurangnya kita cuba untuk habiskan dari tidak berbayar langsung bukan ?

Dari blog gilehartanah ada juga share 5 cara jimatkan duit belanja harian anda (dan elak berlapar hingga hujung bulan) dan salah satu tips dari mereka adalah plan makanan harian anda dengan bijak. Dah buat ke kawan - kawan ? - Bukan tak nak buat, orang cakap bab makan jangan berkira, tapi sebenarnya bukan berkira tapi elak membazir dari membeli makanan yang orang cakap berbelanja sekadar perlu sahaja atau makan sekadar mampu sahaja.

Sebenarnya kita nak bercerita kenapa kita kena berjimat untuk tahun seterusnya, Jika kita semua mengikuti perkembangan dari tahun demi tahun atau mengikuti perkembangan era zaman permodenan ini, kita sekarang berada di mana ?

Sekarang sudah masuk tahun 2017 dimana tahun yang akan beri kita banyak kesabaran dan cabaran samada kita mampu atau tidak mampu untuk hadapi. Terus terang saya cakap kita sebenarnya kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi tahun akan datang.


Memang sukar untuk kita lakukan penjimatan yang sememangnye kita perlukan kenderaan untuk bergerak, kita perlukan " smartphone " untuk berkomunikasi, kita perlukan internet untuk tahu apa yang berlaku di dalam negara mahupun di luar negara tapi adakah kita mampu untuk semua itu ?



" tepuk dada tanya diri "