DEWASA KELAK

01:01 by
"Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu.... Allah selamatkan Aisyah ….." 
Nyanyian lagu hari lahir yang suaranya disumbangkan oleh 4 orang ahli keluarga walaupun sumbang tetapi masih boleh dirasai keihklasannya didengar dengan penuh senyuman oleh Aisyah. Seminit kemudian beria-ia mereka sekeluarga menepuk tangan. Senyuman aisyah semakin lama semakin hilang di wajahnya. " Haaa, cepatlah Syah tiup lilin tu, kau nak tunggu rumah ni terbakar ke baru nak tiup?", Puan Rina memandang pelik anak bongsunya . 

"Kalau Syah tiup ni, bermakna Aisyah dah 15 tahun lah kan?" ,Aisyah merenung kosong ibunya. Ahli keluarganya yang lain sudah bekerut kening, berkerut dahi, berkerut misai ehh...."haa lebih kurang macam tulah. Kira macam kau setujulah kau ni makin tua. Cepatlah tiup. Abang dah lapar ni." Abangnya, Ashraf sudah berkeroncong perutnya. "Kalau macam tu, Aisyah tak nak tiup!",tiba-tiba saja Aisyah menggeleng-gelengkan kepalanya. "laaa dah kenapa pulak anak abah ni? ", abahnya bersuara apabila melihat anaknya berkata begitu " ,Aisyah tak nak jadi orang dewasa! Aisyah tak nak jadi tua! Tak nak! Huahhhhhhh", teresak-esak Aisyah menghamburkan tangisannya. Kejap-kejap tangannya mengesat air mata yang jatuh 

Ahli keluarga Encik Suif semua sudah menepuk dahi masing-masing. Itulah satu-satunya anak bongsu keluarga itu. Kelakuannya susah untuk dijangka. " Dah kalau macam itu, ibu jelah yang yang tiup lilin ni. Biar ibu je jadi 15 tahun, ye?",dengan perlahan lilin tersebut padam. " Yeayyy, ibu 15 tahun yeay! Beza 30 tahun dengan abah korang!", Puan Rina menepuk tangannya seperti budak kecik. Yang lain sudah ketawa melihat gelagatnya.  

Pap! Pap! Pap! 

"Yeay ibu 15 tahun, Aisyah 14 tahun yeayy!", Aisyah menepuk tangannya sambil cuba menahan sedunya . Yang lain sudah ketawa dengan reaksi Aisyah. " Bertuah punya budak", Puan Rina menajamkan matanya kepada aisyah tetapi akhirnya ketawa juga. Makan malam tersebut berjalan penuh gelak tawa tetapi perlakuan Aisyah masih bermain di kepala ibunya.  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
BILIK AISYAH 

Tok..tok...tok 

"Aisyah, dah tidur ke? Ibu masuk sekejap boleh tak?" 
Perlahan dan lembut suara puan rina di sebilik pintu bilik anaknya. 
"Masuklah ibu", balas Aisyah. Pintu bilik dibuka dan tersembul wajah ibu itu. Puan Rina duduk di sebelah Aisyah yang sudah berbaring sambil tangannya mengelus perlahan rambut anaknya. "Kenapa ibu?",berkelip-kelip mata anak itu melihat si ibunya. Ibunya dengan satu senyuman manis membalas "Takdelah, saja nak tengok anak ibu yang dah besar ni nak tidur." 

 Aisyah hanya memandang lembut ibunya. "Syah, ibu nak tanya sikit boleh? Kenapa Syah menangis tadi? ", perlahan soalan itu dilontarkan. Seminit berlalu, mereka hanya menatap muka masing-masing dan barulah ada suara yang membalas. "Sebab Aisyah tak nak jadi dewasa", perlahan jawapan itu diungkapkan. "Kenapa? Aisyah takut?", Puan Rina bertanya. " Ya. Fasa tu macam menakutkan", puan rina meneruskan usapan pada kepala anaknya. Terdiam sebentar dia sebelum membalas dengan ketawa kecil .  "Kenapa menakutkan pulak? Best tau jadi dewasa. Nanti aisyah ada duit sendiri, boleh beli baju sendiri. Lagi satu .. " puan rina mebuat gaya seperti berbisik, " Nanti aisyah boleh kahwin", serentak dengan itu Aisyah menolak tangan ibunya " ibuuu!"kedua-dua mereka ketawa. Aisyah menukar posisi daripada baring kepada duduk menghadap ibunya. 


"Tapi ibu, kalau jadi dewasa tu best, kenapa ibu menangis setiap malam? Aisyah bukan intip ibu tau! Banyak kali aisyah nampak ibu menangis dekat ruang tamu bila bangun malam nak minum air.Adakala muka ibu suram sangat tapi tak menangis. Aisyah tak reti nak pujuk ibu. Takut ibu lagi sedih. Kenapa ibu? " ,ayat yang keluar dari mulut Aisyah membuat Puan Rina terkejut. Wajah anaknya dipandang kosong. 

Puan rina mengerutkan dahinya sedikit, bibirnya dikemam beberapa kali sambil kepalanya bergerak ke kiri dan kanan sedikit. Puan Rina menghembuskan nafas perlahan sebelum menjawab dengan senyuman tawar. " Sebab ibu selalu buat keputusan yang salah dalam hidup ibu". " Keputusan yang salah?"aisyah mengerutkan dahinya tanda tidak maksud ibunya. " aisyah nak tau kenapa? Sebab ketakutan selalu menyelubungi diri ibu. Akhirnya membawa kesedihan dan kegagalan. Ibu hanyut dalam ketakutan", Puan Rina berusaha menahan air matanya daripada mengalir.  
Puan Rina memegang kedua-dua tangan anaknya. Mukanya tepat menghadap Aisyah. " Aisyah tak boleh jadi macam ibu. Selalu menangis. Tak kuat. Janji? ", Puan Rina melilitkan jari kelingkingnya mereka berdua. Mata Aisyah kejap melihat jari kelingking yang bertaut kejap melihat wajah ibunya. " Macam mana Aisyah nak jadi seorang yang kuat bila ibu tak kuat? Hmm?", hidung Aisyah sudah mahu bertukar warna tomato membuatkan ibunya menariknya dalam pelukan . 

"Aisyah, anak ibu kena kuat. Ketakutan yang hadir dalam diri kamu tak akan pernah hilang. Bila ketakutan mengejar kamu, berlarilah nak. Berlarilah sekuat hati kamuJangan pernah tewas.Jadilah seorang dewasa penuh kebahagiaan menapak di hati", kata-kata itu diakhiri dengan pelukan yang erat dan doa seorang ibu … 

Semoga Aisyah kuat mengharungi dunia ini dewasa kelak. Bukan seperti ibu..." 

Malam itu berlalu dengan dua beranak itu tidur lena dibuai mimpi indah bagi menghadapi hari esok yang masih belum ketahui jalan ceritanya.



          
              "Semakin berjaya seseorang itu, semakin banyak ketakutan yang mengejar." 
   

p/s : Have a nice day semuaaaaaa!!