Cara isi minyak kereta dengan lebih super jimat

08:47 by
Selamat pagi warga pembaca yang membaca blog volipops dari awal hingga akhir, Pada hari ini ingin sekali saya sentuh berkenaan penjimatan yang perlu kita lakukan bagi kita berada di dalam lingkungan penjimatan. Saya akan kongsi cara isi minyak kereta dengan lebih super jimat yang akan saya bawakan dari blog luar untuk kita kongsi bersama.

1. Asriblog
Memetik sebuah blog asriblog kongsikan beberapa panduan dan tips isi minyak kenderaan anda ! jangan isi sampai penuh dan ketika cuaca panas, tapi kenapa yer ?

Apa yang cuba dikongsikan oleh Asriblog ialah cara kita mengisi minyak atau situasi bila perlu kita isi minyak untuk mendapatkan penjimatan tanpa perlu membazir lagi. Mengisi minyak pada waktu pagi atau waktu semasa suhu sejuk dapat mengurangkan wap minyak keluar. Apa yang dikatakan itu betul jika menggunakan logik akal apabila isi minyak diwaktu panas terik, wap minyak berlebihan akan keluar.

Isi minyak pada tangki separa penuh, tapi kenapa ?
Semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang ruang kapasiti udara yang dipenuhi wap sekaligus dapat lebih petro dan penjimatan yang sangat optimum. Saya ada kurang faham bab ini tapi nanti bolehlah godeh - godeh di blog beliau.

2. Kereta.info
Berikut kita ke blog kereta.info, manalah tahu tips atau panduan yang mereka kongsi lebih menarik dan lebih tepat atau terperinci. sekali blog ni share berkenaan cara isi minyak sahaja. Tengok meter minyak, bayar dicashier, angkat nozzle dan isi. Setiap orang ada cara mereka sendiri untuk kongsi, manalah tahu ada yang tak tahu isi minyak di zaman 2017 ni kan.

Selain itu korang boleh cuba google untuk dapatkan panduan lebih terperinci sebabnya internet saya tidak cukup kuat untuk kongsikan lagi artikal dari blog luar. Tambahan pula, sekarang dunia serba google, Apa yang tidak tahu hanya perlu google. Orang tak pandai nak buka tv pun kita google. Apa yang paling best sekarang orang sudah pun kongsikan pelbagai panduan untuk kaya, memasak, melancong dan berita luar. Cuma jangan sampai salah guna.