APA ADA DEKAT TAIPING?

11:42 by

Taiping?...Huh, dekat mana tu?... Dekat China ke?


Taklah, Taiping ni sebuah bandar yang terletak dalam daerah Larut Matang dan Selama. Taiping ni taklah besar mana tapi menjadi tumpuan pelancong. Jom kita intai-intai sikit, apa yang best dekat Taiping.




#1 Taman Tasik Taiping.

Kalau korang ronda-ronda Bandar Taiping ni, Taman Tasik Taiping memang takkan terlepas dari pandangan punyalah. Berkeluasan 64 hektar (Luas Gila!!), taman tasik ni dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1880. Taman Tasik Taiping ni sememangnya tempat yang korang mesti singgah bila ada di Taiping.  
"kalau nampak pengantin bergambar kat tepi taman tasik tu, honlah diorang. hahaha"




#2 Bukit Larut.

Dengan ketinggian 1250 meter dari aras laut, Bukit Larut menjadi kegemaran untuk orang yang nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Tapi kalau malas, perkhidmatan Jeep disediakan oleh pihak pengurusan. Oh, lupa nak bagitahu yang korang kena tempah tiket awal-awal sebab tiket jeep laku macam nasi lemak panas.



#3 Makan-Makan

"Taiping ada tempat makan best tak?"... Ada. Kalau korang nak tahu, ada beberapa tempat makan dalam Bandar Taiping ni yang ramai cakap sedap. Dekat bawah ni, bro bagi list tempat tempat yang korang mesti cuba:
  • Nasi Lemak Bukit Larut (Gerai Roti Jantan kaki Bukit Larut)
  • Cendol Bismillah (151, 139, Jalan Barrack, 34000 Taiping)
  • Restoran Yut Sun (78, Jalan Pasar, 34000 Taiping)
  • Kuey Teow Sup Daging Wakaf Medan Selera (51, Jalan Masjid, 34000 Taiping)

#4 Zoo Taiping 

Bagi korang yang sukakan hidupan liar, korang bolelah melawat Zoo Taiping.  Dibuka secara rasminya pada tahun 1961, Zoo Taiping merupakan Zoo tertua di Malaysia. Dengan harga tiket yang berpatutan, korang boleh tengok pelbagai spesis haiwan dengan lagi dekat (Tak payah tengok Animal Planet). Kalau tak sempat lawat waktu siang, malam pun boleh datang juga untuk "Night Safari".
  

 Jadi, ini sajalah yang bro dapat tau pasal Taiping. Sebenarnya, banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati dekat Taiping. Shopping Mall pun ada berlambak. Apapun, korang kena pergi dan tengok sendiri daya pemikat yang ada dekat Taiping. "Kome kome, mohle ke Tepen"

Sekian