Ait hitam bawa petanda ?

13:25 by


Fenomena air paya gambut berwarna hitam masuk ke Sungai Pahang selepas banjir surut menjadi punca banyak ikan dalam sangkar mati hingga menyebabkan kerugian lebih RM300,000 kepada penternak.


Ikan pelbagai saiz jenis patin, kerai, tilapia dan jelawat mati setiap hari sejak dua minggu lalu dengan jumlah yang banyak.
Penternak, Ahmad Abdullah, 70, berkata dalam tempoh dua minggu ini dia kerugian lebih RM300,000 apabila ikan dalam 80 sangkar di Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung Medang, di sini, mati setiap hari.
Katanya, air paya gambut berwarna hitam yang bertakung beberapa minggu ketika banjir kemudian mengalir masuk ke dalam Sungai Pahang apabila banjir surut, menjadi punca utama ikan sangkar miliknya mati dengan jumlah banyak.
Katanya, setiap hari lebih 500 kilogram (kg) ikan patin buah, kerai dan jelawat pelbagai saiz mati seperti berlaku keracunan apabila badan ikan berwarna putih dan mengeluarkan bau busuk. - HM