Pusat pemindahan Gemas ditutup

19:06 by

Cuaca sudah kembali baik dan cerah ekoran hampir 4 hari bertutut2 hujan membasahi bumi diikuti dengan banjir beberapa kawasan yang terjejas.

GEMAS: Pusat pemindahan banjir di Dewan Besar Gemas di sini, ditutup petang ini berikutan keadaan cuaca semakin baik dan paras air Sungai Gemas yang surut. Sejak dibuka mulai jam 4 pagi semalam hingga ditutup pada jam 5.30 petang tadi, pusat ini menerima 157 mangsa daripada 43 keluarga. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kolonel Kamal Mokhtar, berkata semua mangsa banjir dari Taman Sungai Gemas sudah pulang ke rumah masing-masing. 

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan berkata, mangsa menerima sumbangan barang dapur daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum pulang. 

"Sejak pagi tadi, ramai yang pulang untuk membersihkan rumah masing-masing yang terjejas kerana air berlumpur," katanya di sini, hari ini. Kamal berkata, seramai 15 anggota APM dan kakitangan agensi kerajaan lain serta penduduk turut membantu membersihkan surau dan tadika di Taman Sungai Gemas.

Sumber : BH