Culik Gadis untuk dibuat isteri di Kyrgystan

09:20 by
Gambar Hiasan- Google

Bukan sahaja di Lombok yang mempunyai tradisi sebegini, malah di Kyrgystan juga mempunyai tradisi yang sama di mana lelaki akan meculik gadis yang diminatinya ataupun yang mereka berkenan untuk dibuat isteri. Pelik bukan?

Pihak keluarga lelaki memang akan menyediakan persiapan kahwin untuk anak mereka. Apabila tibanya hari yang mereka ingin melangsungkan perkahwinan, lelaki akan keluar mencari 'mangsa' yang mereka berkenan dan menculik mereka.

Wanita yang diculik tersebut akan dipujuk oleh keluarga pihak lelaki untuk setuju. Boleh dikatakan kebanyakkannya adalah dipaksa. Oleh kerana tiada rasa cinta, kebanyakkan perkahwinan gagal, dan ada juga wanita yang membunuh diri.

Pada pandangan saya, tradisi seperti ini tidak seharusnya diteruskan lagi. Di mana hak seseorang sebagai wanita?

Selebihnya boleh disaksikan di dokumentari ini.