MENGAPA GRADUAN MASIH 'MENANAM ANGGUR' ?

12:05 by


Semangat untuk berkerjaya tersemat di dalam diri para pelajar , terutamanya yang sedang melangsungkan praktikal, mahupun masih dalam semester terakhir di universiti.

Namun, adakah mereka sedar untuk mencari kerjaya bukan lah semudah yang disangka? Pada tahun 2015, sebanyak 54,867 atau 23.9 peratus daripada 228,568 graduan institusi pengajian tinggi di negara ini belum be­­ker­ja dalam tempoh tiga bulan sebelum konvokesyen berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan bagi tahun 2015.

Berita pada pagi ini, 23.12.2016 telah menyatakan bahawa demand untuk gaji oleh para graduan baharu merupakan antara sebab mereka masih menganggur.

Bernama telah menyata kan "Permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah sebab utama graduan baharu tidak diambil bekerja, menurut kaji selidik oleh Jobstreet.com bulan lepas."

Ingin mencapai sesuatu apa yang kita idamkan tidaklah semudah yang disangka, bukan? Adik-adik, janganlah terlampau memilih dan pastikan apa yang ingin dicapai itu haruslah realistik. Meletakkan usaha sebanyak 99% dan biarkan 1% dengan berdoa pada Tuhan.

Cabaran di dunia sebenar tidaklah sesenang yang disangka, bak kata pepatah "difficult path leads to beautiful destination"