IKEA SETUJU UNTUK MEMBAYAR $50 JUTA PADA MANGSA

16:51 by



IKEA Stockholm bersetuju untuk membayar $50 million kepada 3 buah keluarga yang telah kehilangan anak mereka akibat dihimpap perabot MALM, berdasarkan peguam bagi pihak keluarga.

Feldman Shepherd Wohlgelernter Tanner Weinstock & Dodig mewakili kelarga mangsa juga menyatakan bahawa IKEA juga bersetuju untuk menderma dana yang tidak diketahui amaunnya kepada hospital kanak-kanak sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes ini.

IKEA telah menyatakan bahawa penyelesaian telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak yang telah dinyatakan melalui e-mel yang diterima namun masih belum mendapat kelulusan daripada pihak mahkamah.

Dua insiden berlainan yang berlaku pada tahun 2014, yang telah melibatkan 2 kanak-kanak dihempap oleh perabot MALM. Pada tahun ini, kes yang sama juga telah berlaku dan menyebabkan bayi berumur 22 bulan menjadi mangsa . Insiden ini berlaku selepas IKEA mengumumkan program pembaikan termasuk kit dinding berlabuh secara percuma.

Perabot-perabot MALM telah ditarik balik oleh pihak IKEA pada Jun yang lalu, iaitu sebanyak 8 juta di Amerika dan 21 juta di Canada.


Sumber : http://fortune.com/2016/12/22/ikea-payment-children-malm-dressers/