Dapat kerja melalui 'cable' . Adil ataupun tidak?

23:19 by



"Zaman sekarang kalau tak guna 'cable' untuk kerja, tak boleh ke? ".

Begitulah pendapat kebanyakkan graduan pada masa kini. Ini juga merupakan salah satu punca untuk mendapat kerja. Bagi yang tiada kenalan yang berpangkat/berpengaruh, peluang buat mereka lebih tipis berbanding yang ada.

Baru-baru ini, terdapat sebuah kisah mengenai seorang graduan lepasan universiti awam yang tidak mendapat tawaran kerja akibat tempatnya 'dirampas' oleh seseorang yang mempunyai kenalan di syarikat tersebut.

Azhar (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa dia telah berusaha sedaya upaya untuk jawatan tersebut, yang juga merupakan kerjaya idamannnya, namun setelah ditemu duga dan menunggu selama seminggu untuk mendapat keputusan, Azhar dimaklumkan bahawa dia tidak berjaya mendapatkan jawatan tersebut.

Azhar berasa curiga kerana segala pertanyaan dapat dijawab dan pihak syarikat telah menunjukkan respond yang positive semasa temu duga tersebut. Azhar bertanya kepasa pihak syarikat mengaadia tidak terpilih agar dia dapat memperbaiki kelemahannya. Jawapan yang diberikan oleh pihak syarikat amatlah mengecewakan bagi Azhar dan merupakn sikap tidak professional .

"Maaf Encik Azhar, jawatan itu telah diberikan kepada anak saudara boss di sini. Wishing you all the best for your future endavour"

Begitulah realitinya. Adilkah buat mereka yang sudah berusaha?

Namun, rezeki tetap datangnya daraipada Tuhan, manusia hanya mampu merancang.