Apabila berkhatan menjadi mimpi ngeri

16:22 by
Sumber : Malaysiakini

Seperti biasa setiap hujung tahun yang juga merupakan cuti sekolah yang panjang,aktiviti berkhatan merupakan upacara yang akan dilaksanakan oleh para ibu bapa buat anak-anak lelaki mereka. Pelbagai reaksi yang dapat kita saksikan termasuklah jeritan dan tangisan apabila berada di tempat kejadian. Ada juga yang reaksi yang mencuit hati kita.

Namun, berkhatan menjadi sebuah mimpi ngeri buat anak lelaki yang berusia 10 tahun ini. Kemaluannya terputus semasa berkhatan yang mengunakkan teknik laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama. Kejadian pukul 8.15pm pada 20 Disember tiu telah menyebabkan kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan mencantumkan semula kemaluannya.

Ayah kepada mangsa telah membuat laporan polis atas nasihat doktor daripada HKL.Difahamkan bahawa doktor yang telah menjalankan treatment laser itu mempunyai 21 tahun pengalaman yang juga merupakan lepasan graduan daripada University of Karachi,Pakistan. Klinik tersebut juga difahamkan telah beroperasi selama 15 tahun tanpa mempunyai lesen berdaftar daripada Kementrian Kesihatan.

Selanjutnya : Malaysiakini